ADDS

Thursday, May 12, 2011

HIKMAH


Walau kemana kita melangkah,Tuhan kita tetap satu..ALLAHU RABBI..pegangan kita tetap satu...AL-QURANUL KARIM...akhlak kita berpandukan AKHLAK NABI...andai hilang arah tuju,ALLAH jua tempat mengadu...AL-QURAN menjadi penenang jiwa...AKHLAK NABI menjadikan kita mulia... di kala jiwa dilanda gelisah,apa yang bisa kita lakukan????SUJUD dan BERDOALAH kepadanya..kerna hati kita miliknya.. andai ujian ALLAH itu terasa amat berat untuk kita,maka berdoalah dan berserahlah ..yakin dan tetaplah dengan janji ALLAH...kerana masakan ALLAH memberikan kita ujian yang kita tidak mampu tempuhi..jangan biarkan beban ujian itu membuatmu menyalahkan ALLAH...kerana tiap ujian pasti ada hikmahnya...cuma mungkin ia masih bersembunyi menanti arahan dari ALLAH untuk memunculkan dirinya....percayalah wahai diri dan teman..ALLAH itu ada..tidak tidur..MAHA MENDENGAR setiap doa hambaNya...cepat atau lambat,pasti akan dimakbulkan jua...andai engkau sedih dengan ujian yang engkau hadapi,menangis lah...menangis bukan kerana menyesali ujian yang telah diberi..tetapi menangislah kerana ALLAH masih sayang padamu...DIA ingin melihat kamu berdikari,bangkit dan sentiasa mengingatinya...ujian membuatkan kau tidak leka dan sentiasa mengingati ALLAH...itulah hikmah yang boleh kau sedari....


Original created by FADILATUL RAHMAH @ RIEKI IMTIYAZ

Wednesday, May 11, 2011

Kitaran Cinta


Manusia bila bercinta,mereka buta dan pekak. Apa yang dicintainya,pada pandangan mereka ia cukup sempurna dan mengasyikkan.

“Cinta sayang pada ayang ibarat kurap,makin digaru,makin mengasyikkan..”

“Walaupun kentut sayang busuk tapi kentut itulah pengubat rindu abang..”

“Kalau ada lautan api,akan abang renanginya untuk sayang..”

“Belahlah jantung ini,lihatlah isinya kalau sayang tak percaya..”

Hiperbola yang sungguh melampau tetapi bagi yang bercinta,mungkin ayat-ayat di atas adalah satu kewajiban bagi mengeratkan lagi hubungan cinta. Tapi sebenarnya,hukum tersebut tidak terhad pada manusia semata-mata tetapi bertindak juga pada sesiapa dan apa-apa benda dengan syarat objek itu dicintai.

Alhamdulillah,minggu lepas,ada satu perkongsian yang membuatkan saya berfikir. Al-kisahnya begini, Zul (bukan nama sebenar) berasal dari keluarga yang berada,ibunya seorang guru jadi dia mendapat didikan yang secukupnya. Dari kecil sampai tingkatan 3,Zul adalah seorang pelajar yang baik dan pintar,malah pencapaian Akademiknya diiktiraf,namanya terpapar di dada-dada akhbar sebagai pelajar PMR terbaik pada tahun tersebut.

Sebelum masuk tingkatan 4,dia terfikir,”boring la jadi budak baik je..nak try jadi jahat..”

Maka bermulalah era hitam dalam diri Zul. Dia mula menghisap rokok,dia mula ‘lompat pagar’ dan sebagainya. Pendek kata,segala perbuatan jahat dicubanya. Klimaks kejahatannya ketika dia masuk ke satu tempat persediaan. Dia tidak pernah terfikir untuk datang ke Jepun,jadi dia membuat permohonan untuk tukar negara tetapi gagal. Disebabkan dia pun tidak ingin ke Jepun,jadi dia mula ponteng kelas persediaan tapi Allah kurniakannya akal yang pintar,walaupun ramai yang gagal ketika persediaan,dia tetap berjaya sampai ke Jepun.

Di Jepun kehidupan Zul semakin kacau-bilau. Tiada orang yang pantau hidupnya. Allah telah tarik nikmat belajar darinya,dia mula hilang minat untuk belajar.Dia semakin hanyut hinggalah dia diamanahkan sebuah masjid oleh seorang Pak Arab.Dia bercadang untuk membina masjid yang lagi besar,3 tingkat dengan peralatan dan perabot penuh. Dia ditegur oleh Pak Arab tersebut;

Kalau solat berjemaah pun tidak datang,janganlah berangan untuk bina masjid 3 tingkat
Dia terkesan.

Dia tersentuh.

Dan dia menangis.

Lalu dia tertanya, “aku korbankan hidup aku untuk bina masjid Dia,takkan aku taknak buat apa yang Dia suruh?”

“Apabila manusia memberi jiwa raganya pada sesuatu,maka cintanya pada perkara tersebut akan bertambah dan perbuatannya akan bersesuaian dengan apa yang dicintainya.”
Memang betul,bila seseorang mencintai motor,dia akan korbankan semua duit yang dia ada untuk motornya,apabila segala duit telah dikorbankan,cintanya terhadap motor makin bertambah,lalu perbuatan,peralatan,pakaiannya dan apa yang dilihatnya,mesti berkaitan dengan motor,pengetahuannya terhadap motor makin bertambah,maka makin cinta dia terhadap motornya.Bukankah ini satu kitaran?

Satu contoh lagi,awek. Abu suka pada Ati,jadi dia berusaha mencari profil Ati,dia buka Facebook,kenal pasti apa yang Ati suka,apa yang Ati benci,buku apa yang Ati baca,dia selak satu persatu gambar Ati,lama-kelamaan dia semakin cinta kepada Ati. Setelah diselidik latar belakang Ati,dia merasakan Ati perempuan yang paling sempurna buatnya.Dia luahkan cintanya pada Ati,Ati balas,kata Ati dialah lelaki yang Ati minat.Mendengar pengakuan dari Ati,cinta Abu kepadanya makin bertambah.Abu belanja dia makan,belanja dia tengok wayang dan sebagainya,pendek kata,hidup Abu dikorbankan untuk Ati,semakin dikorbankan,semakin bertambah cintanya pada Ati.Ati pula semakin menerima korban,dia pun cuba berkorban menyebabkan Abu semakin cinta padanya. Bukankah ini satu kitaran?Perkara ini berulang dan kitaran ini tiada jalan keluar melainkan satu tindakan berhenti.

Jadi tidak pelik bila kita baca balik sirah-sirah para Sahabat seperti Bilal Bin Rabah,Sumayyah dan Mus’ab Bin Umair apabila mereka meninggalkan hidup mereka kerana Islam,kerana Allah. Mus’ab Bin Umair yang dulunya anak emas keluarga yang kaya,bila dia mati,kain yang digunakan untuk mengkafani dia pun tidak cukup. Dia berikan jiwa dan raganya untuk agama,jadi Allah berikan cinta Nya kepada Mus’ab. Perkara ini berulang bagaikan satu kitaran,kitaran cinta.

Jadi untuk mendapatkan kitaran Cinta,seharusnya kita meniru Rasulullah dan para sahabat yang mengorbankan harta benda dan dirinya kepada Islam. Mungkin,di awal pengorbanan,10sen pun dikira susah.Tapi apabila selalu dikorbankan, Cinta kita mula terbalas,kita akan mula memasuki ‘track’ kitaran cinta dan akan berputar dalam kitaran tersebut. Ayuh kawan-kawan,kita sama-sama berazam untuk korbankan masa,jiwa dan harta kita untuk Allah,moga dengan perbuatan yang sedikit dari kita membolehkan kita layak berada dalam kitaran Cinta.

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga….(Sehingga Akhir Ayat)
[At-Taubah:111]

Cinta


Di dlm Kitab Hayatus Shahabah, halaman 524-525 diriwayatkan kisah berikut:

Menjelang Perang Uhud, Abdullah bin Jahsy mengajak sahabatnya, Sa’d bin Abi Waqqash utk berdoa. Ajakan itu dipersetujui oleh Sa’d. Keduanya mulai berdoa. Sa’d berdoa terlebih dahulu:

“Tuhanku, jika nanti aku berjumpa dgn musuhku, berilah aku musuh yg sgt perkasa. Aku berusaha membunuh dia dan dia pun berusaha membunuhku. Engkau berikan kemenangan kpdku sehingga aku berhasil membunuhnya dan kemudian mengambil miliknya (sebagai rampasan perang).”

Abdullah mengaminkannya. Tiba giliran Abdullah berdoa:

“Tuhanku, berilah aku musuh yg gagah perkasa. Aku berusaha membunuhnya, dan ia berusaha membunuhku. Kemudian ia memotong hidung dan telingaku. Kalau nanti aku bertemu denganMu, Engkau akan bertanya: ‘Man jada’a anfaka wa udzunaka?’ (Siapa yang telah memotong hidung dan telingamu?). Aku akan menjawab bhw keduanya terpotong ketika aku berjuang di jlnMu dan jln Rasulullah (fika wa fi rasulika). Dan Engkau, ya Allah akan berkata: ‘Kamu benar!’ (shadaqta).”

Sa’d mengaminkan doa Abdullah tersebut. Keduanya berangkat ke medan Uhud dan doa keduanya dimaqbulkan Allah.

Sa’d bercerita kpd anaknya, “Duhai anakku, doa Abdullah lbh baik drp doaku. Di senja hari aku lihat hidung dan telinganya tergantung pd seutas tali.”

Kisah ini tlh melukiskan sebuah cara utk mengukur cinta kita pd Allah. Sementara ramai yg berdoa agar mendapat ini dan itu, seorang pencinta sejati akan berdoa agar dpt bertemu dgn Kekasihnya sambil membawa sesuatu yg bisa dibanggakan.

Ketika di Padang Mahsyar nanti Allah bertanya kpd anda: “Dr mana kau peroleh hartamu di dunia?” Anda akan menjawab, “Harta itu ku peroleh dgn kolusi dan korupsi, dgn memalsu kuitansi, dgn mendapat cipratan komisi.”

Allah bertanya lagi, “Apa saja yg tlh engkau lakukan di dunia?”

“Ku hiasi hidupku dgn dosa dan nista, tak henti-hentinya ku cintai indah dan gemerlapnya dunia hingga aku dipanggil menghadapMu.” Allah dgn murka akan menjawab, “Kamu benar!”

Bandingkan dgn seorang hamba lain yg ketika di Padang Mahsyar berkata kpd Allah:

“Tlh ku tahan lapar dan dahaga di dunia, tlh ku basahi bibirku dgn zikir, dan tlh ku curahkan waktu dan tenagaku utk keagungan namaMu, tlh ku hiasi mlm ku dgn ayat suciMu dan tlh ku letakkan dahiku di sejadah utk bersujud pd kebesaranMu.”

Dan Allah akan menjawab, “Kamu benar!”

Duhai.. adakah kebahagian yg lbh dr itu; ketika seorang hamba menceritakan amalnya dan Allah akan membenarkannya.

Mahukah kita pulang nanti ke kampung akhirat dgn membawa amal yg bisa kita banggakan? Mahukah kita temui Kekasih kita sambil membawa amalan yg akan menyenangkanNya?

Allahu ‘lam bisshawab.

Suami Yang Hodoh & Isteri Yang Cantik

Suatu ketika Imran Ibn Hiththan masuk menemui isterinya. (dan Allah mentakdirkan Imran ini menjadi seorang secara paras rupa tidak menarik. Wajahnya biasa-biasa saja, untuk tidak mengatakan hodoh- sementara tubuhnya pendek. Sedangkan isterinya adalah seorang wanita yang cantik rupawan dan tinggi lampai). Ketika ia masuk menjumpai isterinya, sang isteri sedang berhias.

Imran tak dapat menguasai dirinya.....ia tertegun memandang sang isteri.

Sang isteri bertanya , "Ada apa dengan mu....??"

"Demi Allah engkau semakin cantik saja setelah berhias," jawab Imran

Maka sang isteri berkata, " Janganlah khuatir....sebab engkau dan aku akan masuk syurga."

Tak terkira betapa gembiranya Imran Ibn Hiththan mendengar ucapan sang isteri. Tetapi....

"Dari mana engkau mengetahui hal itu.?" tanya Imran

"Kerana engkau telah dikurniakan isteri seperti diriku lalu engkau bersyukur, dan aku dicuba dengan suami sepertimu, lalu aku bersabar. Dan orang yang bersyukur dan yang bersabar akan masuk syurga"

(ibnaty Al-Habibah, hal 22)

Tuesday, May 10, 2011

suami soleh idaman wanita


Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa
isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu
kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya
lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia
kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya
bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya
mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka
bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa
depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini
senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning
sickness yang teruk sekali bagi isteri
saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.
Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.
Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja
solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur
kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.
Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya
sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang
dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran
sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan
sebelum mengandung pun saya akan membaca
Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur
sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya
sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu
sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan
janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya
ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula
dengan
kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata
saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin
survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan
anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada
kemudian hari adalah diluar bidang kuasa
saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,
zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali
bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar
email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar
tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya
untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya
yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak
kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua
pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub
conscius mind) adalah paling optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah
di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati
isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan
berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa
sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa
Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik
Hanafi
sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam
Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu
aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)
ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga
sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak
dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik
akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih
segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri
kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita
sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang
membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa
berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah
sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya
nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh
Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah
para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu
kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara
saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa
pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak
dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin
disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman
rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi
saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak
yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang
dan
bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri
saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami
akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa
depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim
piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga
sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini
saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud
salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam
hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan
saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya
biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak
akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu
dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti
saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia
tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu
banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud
menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki
jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya
kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya
telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'
dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam
hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan
cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan
muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya..

-kisah dari fb-

Total Pageviews