ADDS

Thursday, October 20, 2016

KISAH NABI ALLAH

KISAH NABI (SULAIMAN,IBRAHIM,ISA)


Assalamualaikum..
Hari ni aku nak share filem kisah nabi..
Kisah yang sangat menarik. Diambil dari alquran dan dari kitab yang lain.
Kitab yang lain mungkin dah ada banyak yg diubah,jadi kesahihan kita susah nak detect.
Tapi kebanyakan kisah ambil dari alquran. Dari kitab lain,dia ambil yang ada persamaan.
Kalau keliru,better ambil kisah yg dari alquran je.
Jangan sempitkan minda. Cuba berfikir dan kaitkan.
Lagi 1,mungkin filem ni jadi isu sebab wajah para nabi tak ditutup.

1 je aku nak ingatkan,kita umat Islam,yakin pada alquran.
Jangan membayangkan wajah para nabi.
Itu sekadar cerita. Tak perlu nak memberatkan fikiran utk perkara yang tak perlu.
Ambil teladan dari kisah mereka. Lihat bagaimana kehidupan para nabi.
Kalau ada keraguan pada jalan cerita,jangan ambil yang kau ragu.
Mungkin lepas ni korang seronok nak baca n study tentang kisah nabi. Siapa tahu kan???
Seronok + sedih. Cuba hayati kisah prjuangan para nabi dan tentangan2 yang mreka dapat sepanjang berdakwah.
InsyaAllah,next post aku up kisah nabi yang lain pulak.

            


Boleh klik kat link bawah ni ye.







Thursday, September 1, 2016

Valley of The Wolves

Valley of The Wolves:Palestine



Review: 

Valley of The Wolves ni merupakan movie arahan pengarah Turki yang menceritakan tentang Polat Alemdar (Necati Sasmaz) dan beberapa pengikutnya, pergi ke Palestin atas tujuan membalas dendam ke atas Israel berikutan pembunuhan mangsa-mangsa Kapal Biru Marmara yang sedang membawa bantuan ke Gaza. Matlamat mereka adalah untuk menangkap general Israel yang merupakan perancang strategi ketenteraan Israel dan pelaku serangan ke atas kapal Turki. (Oh my,skema nya ayat. :D )

Comment:

Dari cerita ni,kita boleh tengok dan nilai betapa kejamnya Israel terhadap rakyat Palestin. Tak ada beza kekejaman mereka pada pemuda,orang tua,kanak2 atau perempuan. Bagi mereka,kebencian mereka tetap sama tanpa rasa sikit belas kasihan. By the way,apa yg kita tengok dalam cerita ni hanya kekejaman kecil je. Hakikatnya berganda lebih kejam dari ni. 

Ni link download --> Valley of The Wolves:Palestine-Indo Sub.

Thursday, August 25, 2016

ANAK-ANAK SIDEK

ANAK-ANAK SIDEK


Kali ni aku up 4 episod terus. Sori,tak boleh nak share folder sebab aku pun donwload sikit2 n lagi 1 sebab aku nak minimize masa upload and download. Kita up sikit2 je la ye. :) Yang 4 ni aku tak dapat nk bagi sinopsis sebab aku belum tengok lagi. 

             


Baiklah,esok up lagi. Kalau ada pape request atau komen,boleh utaran kat sini atau kat fb ye. Link fb ada kt home belah kiri. :)





DISC CLONE,EDIT SOFTWARE

DISC CLONING AND EDITTING

Ok..entri ni aku nak share dengan korang freeware yang korang boleh guna untuk edit dan disc clone. Software2 ni simple je. Sesuai lah untuk beginner. Nak download software ni punya lah lambat sebab nak search kat satu persatu website. so,kat sini korang boleh terus download je.



1. Acronis Disc Image 2016.
-Software ni untuk buat disc cloning. Disc cloning ni untuk clone daripada 1 disc ke 1 disc. Kalau kau xde software ke,atau nak install OS tapi tak ada installer,kau boleh wat clone ni dengan mengklon daripada hard disc lain. Contoh member kau ada pc windows 7. Kat pc kau,kau pun nak install windows 7 tapi tak ada installer,so kau klon dari pc dia. Cara nak wat clone disc ni,kau boleh download sini. Kalau nak lebih faham apa tu CLONE DISC,boleh google atau refer pada link ni . Atau kalau malas nak baca2 n suka tanya,boleh terus add aku kat facebook (FADILATUL RAHMAH BINTI MAHFOL) ye.

2. Gimp 2.8.18.
-Software ni untuk edit2 macam photoshop tu. Tapi ni lebih simple lah. Aku pun belum reti nak edit2 ni. Masih belajar sikit2. Tapi kalau tengok dia punya menu n interface,ok lah. User friendly. Ni manual GIMP.



BUYUT KESAYANGAN

KEHILANGAN BUYUT TERCINTA

Assalamualaikum,tak jawab dosa...:D

Ni pulak episod di mana Bun kehilangan Buyut tersayang akibat dipanah petir. ;(
Sedih weyh. Buyut lah orang yang Bun paling rapat dan sayang. Yang melayan perangai nakal Bun.
Bun yang masa tu masih kecik,tak tau apa2. Dia ingat Buyut dia tidur. wuaaaaaaa.part ni aku sedih. Siap cakap kat org kampung supaya kejut atok dia n jangan tanam atok dia. Hmmmmm..sudah lah,korang tengok la sendiri. Tak mau cite kang aku yang nangis . 

Download sini.


KELAHIRAN RASHID

ADIK BARU

Assalamualaikum..

Ok..kali ni entri pasal kelahiran adik baru dan terakhir (Abdul Rashid) yang dipanggil Adul.
Kelam kabut Haji Sidek dibuatnya. Pening lah Kak Ita melayan kerenah adik2 dia tu. Semua adik2 lelaki.

Ok lah,korang tengok kat sini ye. Sorri lah kalau after this aku up cerita tak tersusun. Sebab aku tak tau mana episod 2,3 dan seterusnya. Aku download dari you tube pun cuma ada tajuk. :) Jangan marah ha.
Ok,download sini ye. Maaf atas kualiti video yang tak seberapa ni. 



Wednesday, August 24, 2016

SIDEK BERKAHWIN

ANAK-ANAK SIDEK

Assalamualaikum..

Ok,since sekarang masih lagi hot tentang Olimpik Rio,and kecoh isu surat Lin Dan kepada Chong Wei (yang ternyata sekadar imaginasi dan fantasi peminat),dan how hard Chong Wei berusaha utk dapatkan gold medal tapi tak kesampaian. Well,it is ok what. At lease he had tried his best and we can see the fatigue that he was faced semasa game dengan Lin Dan masih jelas kat muka dia. At this time,org sibuk bercerita tentang jaguh badminton pada suatu masa dulu. Siapa tak kenal dengan anak-anak sidek kan? 6 orang anak dia.
1 perempuan,5 lelaki. Anak sulung Kak Ita,Bun,Razif,Jalani,Rahman,dan yang bongsu Rashid. Aku tak nak cerita lebih2 pasal diorang. Cuma nak share cerita kartun anak2 sidek yang femes tahun 90 an dulu. Cerita yang penuh pengajaran ditayangkan oleh TV1. Tapi cerita start kol 7. Tak dapat tengok sampai habis. Asal masuk maghrib je,dah kena tutup TV. So,now zaman canggih ni,boleh je tengok online atau download. Pada sesiapa yg lebih suka keep n wat koleksi,boleh download sini . Ni episod 1 time Hj Sidek kenal dan berkahwin dengan isteri dia.


Total Pageviews