ADDS

Friday, December 16, 2011

Hanya PadaMU

ALLAH



Hanya padaMu tempat letak pengharapan.
Hanya Kau penghapus segala kekusutan dan gelora di hati.
Aku meminjam sedikit kudratMu agar aku tabah dalam menghadapi secebis dugaanMU.
Moga dugaanMu ini akan menjadi sesuatu yang amat manis dan bisa diambil hikmahnya.


Friday, December 2, 2011


Jihad itu bukan hanya dengan kata2..
Jihad itu bukan hanya dengan harapan...
Dan jihad itu bukan hanya impian yang terpendam..
Jihad perlukan kekuatan hati..
Digerakkan dengan usaha...
Diteruskan dengan ikhtiar dan doa yang berpanjangan...
Kemudian pautlah harapanmu kepada ALLAH...
Tawakal dan serahkan seluruh jiwamu hanya kepadaNYA...

Saturday, November 19, 2011

Ad du'a silahul mukmin...
Sesungguhnye ALLAH sgt gembira jika anda sentiasa memohon dan meminta kepadaNYA...

Sunday, September 18, 2011


KEISTIMEWAAN AYAT LAILAHA ILLALLAH

Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang mengucap LAILAHA ILLALLAH, yakin dengan iman yang teguh,maka sesungguhnya akan keluar dari mulutnya seekor burung berwarna hijau dengan dua sayap putih bertaburan mutiara yaaqut,dan ia terbang ke langit sehinna terdengar dengungannya di bawah arasy,bagaikan dengung lebah sehingga disuruh, :”Tenanglah,diamlah”.Maka burung it berkata:”Tidak, sehingga engkau mengampuni orang yang membacanya”.

ZIKIR

-Apabila hendak membuat sesuatu maka bacalah ‘Bismillahirrahmanirrahim’.
-Apabila telah selesai melakukan sesuatu pekerjaan, maka hendaklah berkata ‘Alhamdulillah’.
-Kalau terlanjur mengatakan sesuatu yabg tidak baik maka hendaklah segera menyatakan ‘Astaghfirullah A’zim’.
-Kalau hendak melakukan sesuatu esok hari hendaklah berkata ‘Insyaallah’.
-Kalau menghadapi kesukaran hendaklah selalu membaca ‘La haula wala quwwata illa billahil a’liyyil a’zim’.
-Apabila kita ditimpa bala musibah hendaklah kita membaca ‘Innalillahi wa inna ilaii raji’un’.
-Setiap siang dan malam hendaklah membaca ‘La ilahaillallah’.

KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB MENGIRINGI SEORANG TENTERA YANG BERKUDA

Perang antara pasukan Islam dan pasukan Persia sedang berlaku dengan dahsyatnya di Kadisia. Pasukan Islam yang cuma berjumlah 40,000 orang menentang 200,000 orang musuh.

Kaum muslimin berdebar-debar menunggu hasil peperangan itu.Orang yang paling gelisah menunggu nasib kaum muslimin ialah Khalifah Umar Al-Khattab. Sejak beberapa hari kebelakangan,beliau selalu keluar dari Kota Madinah dan menuju ke jalan biasa dilalui oleh kailah menuju Hira.

Beliau menunggu-nunggu kalaukalau ada orang kafilah yang mendengar berita perang atau ada utusan yang datang.Biasanya beliau balik ke Madinah denagn kecewa setelah menunggu. Pada suatu hari ketika beliau sedang tertunggu2 datanglah seseorang berkuda datang dari arah Hira. Orang yang menaiki kuda itu dating sendirian sahaja. Hati khalifah berdebar-debar ingin mendapatkan berita apalagi sekiranya utusan itu dari Saad bin Abi Waqas,panglima perang di Kadisia yang tidak pernah menghantar seorang utusan sahaja. Khalifah mulai khuatir.

Apabila penunggang kuda itu telah dekat,beliau pun bertanya:” Engkau dari mana?”.
“Dari Kadisia”. Jawab penunggang kuda itu.
“Apa khabar di Kadisia?”. Tanya khalifah lagi.
“InsyaAllah, pasukan Islam dianugerahi kemenangan”. Jawab lelaki dari Kadisia itu.

Khalifah menarik nafas lega. Rasa khuatir dan gelisah hilang serta merta.Beliau mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi.
Tentera yang menunggang kuda itu Nampak gembira sambil menceritakan keadaan pertempuran yang diikutinya itu.
Diapun meluahkan rasa kegembirannya kerana diberi tugas untuk menyampaikan berita kemenangan itu kepada khalifah. Dia gembira keran akan bertemu khalifah.Memang dia tidak pernah melihat wajah khalifah dan kali ini merupakan kesempatan baginya menemui khalifah.

Sambil berbual-bual, Basyir Al-Badwi tetap di atas kudanya,sementara khalifah Umar berjalan kaki di samping kuda itu.Apabila keduanya sampai di tepi kota Madinah,bertemulah mereka dengan sekumpulan penduduk. Tiba-tiba kumpulan manusia itu mengucapkan salam: “Assalamualaikum Ya Amirul-Mukminin”.
Terkejutlah Basyir,kerana rupa-rupanya orang yang berbual mesra dengannya adlah Khalifar dan dia berasa malu.

Dia berkata: “Kenapa sejak tadi tidak menyatakan diri anda adalah Amirul Mukminin? Saya sangat malu kepada diri saya kerana membiarkan tuan berjalan kaki”.
“Tak apa... Tak apa...”. Kata Amirul Mukminin.
Begitulah kesederhanaan Amirul Mukminin hingga orang tidak dapat membezakan apakah dia rakyat biasa atau ketua Negara,kerana tiada sebarang perbezaan dari segi pakaian,tutur atau gayanya.

Thursday, May 12, 2011

HIKMAH


Walau kemana kita melangkah,Tuhan kita tetap satu..ALLAHU RABBI..pegangan kita tetap satu...AL-QURANUL KARIM...akhlak kita berpandukan AKHLAK NABI...andai hilang arah tuju,ALLAH jua tempat mengadu...AL-QURAN menjadi penenang jiwa...AKHLAK NABI menjadikan kita mulia... di kala jiwa dilanda gelisah,apa yang bisa kita lakukan????SUJUD dan BERDOALAH kepadanya..kerna hati kita miliknya.. andai ujian ALLAH itu terasa amat berat untuk kita,maka berdoalah dan berserahlah ..yakin dan tetaplah dengan janji ALLAH...kerana masakan ALLAH memberikan kita ujian yang kita tidak mampu tempuhi..jangan biarkan beban ujian itu membuatmu menyalahkan ALLAH...kerana tiap ujian pasti ada hikmahnya...cuma mungkin ia masih bersembunyi menanti arahan dari ALLAH untuk memunculkan dirinya....percayalah wahai diri dan teman..ALLAH itu ada..tidak tidur..MAHA MENDENGAR setiap doa hambaNya...cepat atau lambat,pasti akan dimakbulkan jua...andai engkau sedih dengan ujian yang engkau hadapi,menangis lah...menangis bukan kerana menyesali ujian yang telah diberi..tetapi menangislah kerana ALLAH masih sayang padamu...DIA ingin melihat kamu berdikari,bangkit dan sentiasa mengingatinya...ujian membuatkan kau tidak leka dan sentiasa mengingati ALLAH...itulah hikmah yang boleh kau sedari....


Original created by FADILATUL RAHMAH @ RIEKI IMTIYAZ

Wednesday, May 11, 2011

Kitaran Cinta


Manusia bila bercinta,mereka buta dan pekak. Apa yang dicintainya,pada pandangan mereka ia cukup sempurna dan mengasyikkan.

“Cinta sayang pada ayang ibarat kurap,makin digaru,makin mengasyikkan..”

“Walaupun kentut sayang busuk tapi kentut itulah pengubat rindu abang..”

“Kalau ada lautan api,akan abang renanginya untuk sayang..”

“Belahlah jantung ini,lihatlah isinya kalau sayang tak percaya..”

Hiperbola yang sungguh melampau tetapi bagi yang bercinta,mungkin ayat-ayat di atas adalah satu kewajiban bagi mengeratkan lagi hubungan cinta. Tapi sebenarnya,hukum tersebut tidak terhad pada manusia semata-mata tetapi bertindak juga pada sesiapa dan apa-apa benda dengan syarat objek itu dicintai.

Alhamdulillah,minggu lepas,ada satu perkongsian yang membuatkan saya berfikir. Al-kisahnya begini, Zul (bukan nama sebenar) berasal dari keluarga yang berada,ibunya seorang guru jadi dia mendapat didikan yang secukupnya. Dari kecil sampai tingkatan 3,Zul adalah seorang pelajar yang baik dan pintar,malah pencapaian Akademiknya diiktiraf,namanya terpapar di dada-dada akhbar sebagai pelajar PMR terbaik pada tahun tersebut.

Sebelum masuk tingkatan 4,dia terfikir,”boring la jadi budak baik je..nak try jadi jahat..”

Maka bermulalah era hitam dalam diri Zul. Dia mula menghisap rokok,dia mula ‘lompat pagar’ dan sebagainya. Pendek kata,segala perbuatan jahat dicubanya. Klimaks kejahatannya ketika dia masuk ke satu tempat persediaan. Dia tidak pernah terfikir untuk datang ke Jepun,jadi dia membuat permohonan untuk tukar negara tetapi gagal. Disebabkan dia pun tidak ingin ke Jepun,jadi dia mula ponteng kelas persediaan tapi Allah kurniakannya akal yang pintar,walaupun ramai yang gagal ketika persediaan,dia tetap berjaya sampai ke Jepun.

Di Jepun kehidupan Zul semakin kacau-bilau. Tiada orang yang pantau hidupnya. Allah telah tarik nikmat belajar darinya,dia mula hilang minat untuk belajar.Dia semakin hanyut hinggalah dia diamanahkan sebuah masjid oleh seorang Pak Arab.Dia bercadang untuk membina masjid yang lagi besar,3 tingkat dengan peralatan dan perabot penuh. Dia ditegur oleh Pak Arab tersebut;

Kalau solat berjemaah pun tidak datang,janganlah berangan untuk bina masjid 3 tingkat
Dia terkesan.

Dia tersentuh.

Dan dia menangis.

Lalu dia tertanya, “aku korbankan hidup aku untuk bina masjid Dia,takkan aku taknak buat apa yang Dia suruh?”

“Apabila manusia memberi jiwa raganya pada sesuatu,maka cintanya pada perkara tersebut akan bertambah dan perbuatannya akan bersesuaian dengan apa yang dicintainya.”
Memang betul,bila seseorang mencintai motor,dia akan korbankan semua duit yang dia ada untuk motornya,apabila segala duit telah dikorbankan,cintanya terhadap motor makin bertambah,lalu perbuatan,peralatan,pakaiannya dan apa yang dilihatnya,mesti berkaitan dengan motor,pengetahuannya terhadap motor makin bertambah,maka makin cinta dia terhadap motornya.Bukankah ini satu kitaran?

Satu contoh lagi,awek. Abu suka pada Ati,jadi dia berusaha mencari profil Ati,dia buka Facebook,kenal pasti apa yang Ati suka,apa yang Ati benci,buku apa yang Ati baca,dia selak satu persatu gambar Ati,lama-kelamaan dia semakin cinta kepada Ati. Setelah diselidik latar belakang Ati,dia merasakan Ati perempuan yang paling sempurna buatnya.Dia luahkan cintanya pada Ati,Ati balas,kata Ati dialah lelaki yang Ati minat.Mendengar pengakuan dari Ati,cinta Abu kepadanya makin bertambah.Abu belanja dia makan,belanja dia tengok wayang dan sebagainya,pendek kata,hidup Abu dikorbankan untuk Ati,semakin dikorbankan,semakin bertambah cintanya pada Ati.Ati pula semakin menerima korban,dia pun cuba berkorban menyebabkan Abu semakin cinta padanya. Bukankah ini satu kitaran?Perkara ini berulang dan kitaran ini tiada jalan keluar melainkan satu tindakan berhenti.

Jadi tidak pelik bila kita baca balik sirah-sirah para Sahabat seperti Bilal Bin Rabah,Sumayyah dan Mus’ab Bin Umair apabila mereka meninggalkan hidup mereka kerana Islam,kerana Allah. Mus’ab Bin Umair yang dulunya anak emas keluarga yang kaya,bila dia mati,kain yang digunakan untuk mengkafani dia pun tidak cukup. Dia berikan jiwa dan raganya untuk agama,jadi Allah berikan cinta Nya kepada Mus’ab. Perkara ini berulang bagaikan satu kitaran,kitaran cinta.

Jadi untuk mendapatkan kitaran Cinta,seharusnya kita meniru Rasulullah dan para sahabat yang mengorbankan harta benda dan dirinya kepada Islam. Mungkin,di awal pengorbanan,10sen pun dikira susah.Tapi apabila selalu dikorbankan, Cinta kita mula terbalas,kita akan mula memasuki ‘track’ kitaran cinta dan akan berputar dalam kitaran tersebut. Ayuh kawan-kawan,kita sama-sama berazam untuk korbankan masa,jiwa dan harta kita untuk Allah,moga dengan perbuatan yang sedikit dari kita membolehkan kita layak berada dalam kitaran Cinta.

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga….(Sehingga Akhir Ayat)
[At-Taubah:111]

Cinta


Di dlm Kitab Hayatus Shahabah, halaman 524-525 diriwayatkan kisah berikut:

Menjelang Perang Uhud, Abdullah bin Jahsy mengajak sahabatnya, Sa’d bin Abi Waqqash utk berdoa. Ajakan itu dipersetujui oleh Sa’d. Keduanya mulai berdoa. Sa’d berdoa terlebih dahulu:

“Tuhanku, jika nanti aku berjumpa dgn musuhku, berilah aku musuh yg sgt perkasa. Aku berusaha membunuh dia dan dia pun berusaha membunuhku. Engkau berikan kemenangan kpdku sehingga aku berhasil membunuhnya dan kemudian mengambil miliknya (sebagai rampasan perang).”

Abdullah mengaminkannya. Tiba giliran Abdullah berdoa:

“Tuhanku, berilah aku musuh yg gagah perkasa. Aku berusaha membunuhnya, dan ia berusaha membunuhku. Kemudian ia memotong hidung dan telingaku. Kalau nanti aku bertemu denganMu, Engkau akan bertanya: ‘Man jada’a anfaka wa udzunaka?’ (Siapa yang telah memotong hidung dan telingamu?). Aku akan menjawab bhw keduanya terpotong ketika aku berjuang di jlnMu dan jln Rasulullah (fika wa fi rasulika). Dan Engkau, ya Allah akan berkata: ‘Kamu benar!’ (shadaqta).”

Sa’d mengaminkan doa Abdullah tersebut. Keduanya berangkat ke medan Uhud dan doa keduanya dimaqbulkan Allah.

Sa’d bercerita kpd anaknya, “Duhai anakku, doa Abdullah lbh baik drp doaku. Di senja hari aku lihat hidung dan telinganya tergantung pd seutas tali.”

Kisah ini tlh melukiskan sebuah cara utk mengukur cinta kita pd Allah. Sementara ramai yg berdoa agar mendapat ini dan itu, seorang pencinta sejati akan berdoa agar dpt bertemu dgn Kekasihnya sambil membawa sesuatu yg bisa dibanggakan.

Ketika di Padang Mahsyar nanti Allah bertanya kpd anda: “Dr mana kau peroleh hartamu di dunia?” Anda akan menjawab, “Harta itu ku peroleh dgn kolusi dan korupsi, dgn memalsu kuitansi, dgn mendapat cipratan komisi.”

Allah bertanya lagi, “Apa saja yg tlh engkau lakukan di dunia?”

“Ku hiasi hidupku dgn dosa dan nista, tak henti-hentinya ku cintai indah dan gemerlapnya dunia hingga aku dipanggil menghadapMu.” Allah dgn murka akan menjawab, “Kamu benar!”

Bandingkan dgn seorang hamba lain yg ketika di Padang Mahsyar berkata kpd Allah:

“Tlh ku tahan lapar dan dahaga di dunia, tlh ku basahi bibirku dgn zikir, dan tlh ku curahkan waktu dan tenagaku utk keagungan namaMu, tlh ku hiasi mlm ku dgn ayat suciMu dan tlh ku letakkan dahiku di sejadah utk bersujud pd kebesaranMu.”

Dan Allah akan menjawab, “Kamu benar!”

Duhai.. adakah kebahagian yg lbh dr itu; ketika seorang hamba menceritakan amalnya dan Allah akan membenarkannya.

Mahukah kita pulang nanti ke kampung akhirat dgn membawa amal yg bisa kita banggakan? Mahukah kita temui Kekasih kita sambil membawa amalan yg akan menyenangkanNya?

Allahu ‘lam bisshawab.

Suami Yang Hodoh & Isteri Yang Cantik

Suatu ketika Imran Ibn Hiththan masuk menemui isterinya. (dan Allah mentakdirkan Imran ini menjadi seorang secara paras rupa tidak menarik. Wajahnya biasa-biasa saja, untuk tidak mengatakan hodoh- sementara tubuhnya pendek. Sedangkan isterinya adalah seorang wanita yang cantik rupawan dan tinggi lampai). Ketika ia masuk menjumpai isterinya, sang isteri sedang berhias.

Imran tak dapat menguasai dirinya.....ia tertegun memandang sang isteri.

Sang isteri bertanya , "Ada apa dengan mu....??"

"Demi Allah engkau semakin cantik saja setelah berhias," jawab Imran

Maka sang isteri berkata, " Janganlah khuatir....sebab engkau dan aku akan masuk syurga."

Tak terkira betapa gembiranya Imran Ibn Hiththan mendengar ucapan sang isteri. Tetapi....

"Dari mana engkau mengetahui hal itu.?" tanya Imran

"Kerana engkau telah dikurniakan isteri seperti diriku lalu engkau bersyukur, dan aku dicuba dengan suami sepertimu, lalu aku bersabar. Dan orang yang bersyukur dan yang bersabar akan masuk syurga"

(ibnaty Al-Habibah, hal 22)

Tuesday, May 10, 2011

suami soleh idaman wanita


Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa
isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu
kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya
lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia
kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya
bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya
mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka
bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa
depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini
senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning
sickness yang teruk sekali bagi isteri
saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.
Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.
Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja
solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur
kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.
Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya
sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang
dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran
sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan
sebelum mengandung pun saya akan membaca
Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur
sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya
sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu
sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan
janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya
ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula
dengan
kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata
saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin
survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan
anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada
kemudian hari adalah diluar bidang kuasa
saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,
zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali
bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar
email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar
tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya
untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya
yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak
kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua
pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub
conscius mind) adalah paling optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah
di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati
isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan
berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa
sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa
Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik
Hanafi
sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam
Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu
aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)
ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga
sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak
dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik
akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih
segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri
kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita
sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang
membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa
berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah
sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya
nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh
Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah
para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu
kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara
saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa
pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak
dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin
disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman
rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi
saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak
yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang
dan
bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri
saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami
akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa
depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim
piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga
sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini
saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud
salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam
hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan
saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya
biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak
akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu
dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti
saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia
tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu
banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud
menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki
jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya
kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya
telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'
dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam
hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan
cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan
muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya..

-kisah dari fb-

Tuesday, April 5, 2011

La Tahzan


1)Yang Berlalu Biarlah Berlalu

Mengingati masa yang lalu dan bersedih dengannya merupakan suatu kebodohan dan bersikap gila.Selalu mengingati masa yang lepas adalah sebuah pembunuhan terhadap sebuah cita-cita.File masa yang lalu bagi orang yang cerdik biasanya dilipat dan tidak diceritakan.Masa yang lalu ditutup dan dikunci rapat dalam peti lupa,sebab ianya sudah berlalu dan telah berakhir.

Selayaknya umat manusia tidak perlu menoleh kebelakang ..hembusan agin ke hadapan,rombongan kafilah bergerak kedepan..oleh itu janganlah menyalahi sunah kehidupan.

Allah telah menyebut dan menceritakan apa yang telah berlaku kepada kaum kaum terdahulu seperti dibawah

Allah s.w.t telah berfirman (Al-Baqarah:141)

Yang maksudnya berbunyi:

“Itu adalah umat yang lalu”

Kita sering terlena dengan istana istana indah dan menangisi keruntuhan yang telah berlaku.Ingatlah jika manusia dan jin dikumpulkan untuk mengembalikan apa yang telah berlalu nescaya gagal dan tidak mampu kerana ianya mustahil.

2)Biarkan Masa Hadapan Datang Sendiri

Allah s.w.t berfirman (Al-Nahl:1) yang bermaksud:

“Telah pasti datang ketetapan Allah maka janganlah kamu meminta agar disegerakan(datang) nya”

Jangan sesekali mendahului peristiwa yang belum terjadi.Adakah anda ingin melahirkan anak sebelum sempurna hamil?Adakah anda ingin memetik buah sebelum tiba masak?

Mengapa kita perlu sibuk untuk hari esok,mengapa kita berasa bimbang terhadap malapetaka ,peristiwa hari esok sedangkan kita belum tentu menjumpai hari esok.

Apa yang amat penting ditanam dalam fikiran kita ialah hari esok masih lagi dalam alam ghaib.Memberi peluang yang luas kepada akal fikiran untuk memikirkan masa hadapan dengan seolah kita membiarkan diri kita dibawah pengaruh panjang angan-angan.

Sesunguhnya ianya tindakan yang dimurkai oleh hukum syariat.Meramalkan suatu yang bakal terjadi pada masa hadapan adalah tindakan tercela berdasarkan hukum akal yang sihat.

Kebanyakan dunia sekarang nie asyik berfikir dan berkira pelbagai peristiwa yang bakal berlaku seperti penyakit,bencana kelaparan dan kemiskinan yang menimpa manusia.

Sesunguhnya ia tidak membawa menfaat kepada kita,ia merupakan kajian kajian syaitan sebagaimana :

firman Allah S.W.T (Al-Baqarah:268) yang bermaksud,

“Syaitan menjanjikan(menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir);sedangkan Allah menjanjikan untuk mu ampunan daripadaNya dan kurnia.Dan Allah Maha Luas(kurnia-Nya)lagi Maha Mengentahui”

Jadi janganlah ditunggu hari esok biarlah ia datang sendiri dan sibuklah untuk hari ini dan janganlah sesekali panjang angan -angan dan usah ditanya pasal hari esok.

http://kemahe.wordpress.com/2007/07/17/la-tahzanjangan-bersedih/

Wednesday, March 30, 2011

Allahu Rabbi


Bila hati terasa sayu..jiwa yang tenang merasai gundahnya..hanya Allah yang layak menjadi sandaran tika itu..bukan manusia..manusia hanya mampu mendengar..bukan memakbulkan...tetapi,Allah maha mendengar dan maha pemakbul segala doa...letakkanlah Allah di tempat yang tinggi dan utama di hati kamu...insyaallah ,hati kamu akan merasai ketenangan dan kedamaian...

Wednesday, March 23, 2011

Apa Dah Jadi


11 pasangan lakukan maksiat sambut 2011 kantoi


GOMBAK, 1 Jan: Seperti sebelumnya setiap kali menyambut tahun baru pasti akan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini seperti zina, pengambilan pil yang berlebihan dan sebagainya.

Begitulah pada tahun baru 2011 kali ini tidak lepas dicemari maksiat apabila 22 ditahan dengan menaiki 2 buah van di sekitar daerah Gombak, dalam serbuan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), awal pagi tadi.

Lima individu daripada 11 pasangan ‘kantoi’ ditahan terdiri warga asing beragama Islam berasal dari Indonesia dan Bangladesh, bersama pasangan masing-masing warga tempatan yang merupakan lelaki dan juga perempuan.

Dalam operasi di lokasi hotel bajet itu, tiga pasangan ditahan di kawasan Rawang, manakala lapan lagi di sekitar Batu Caves, apabila gagal membuktikan ikatan suami isteri dan bukan muhrim.

Wakil Jais yang mengetuai serbuan itu berkata, pasangan ditahan telah dibawa ke balai polis berhampiran dan akan didakwa dalam masa terdekat di bawah Seksyen 29 (1a & b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No 9/95”.

“Mereka ditahan kerana didapati berkhalwat dan berada dalam satu bilik antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan sah. Pelbagai alasan diberikan ketika serbuan dan tangkapan dilakukan”.

“Terdapat 4 pasangan wanita bujang menunggu dalam 4 buah bilik mungkin mereka menanti kedatangan pasangan mereka. Rata-rata mereka yang terlibat umur di antara 16 tahun ke atas.

“Ini termasuk alasan sukar diterima seperti ‘hanya mahu menumpang sekejap’ di bilik pasangan, ‘hendak menghadiri kenduri’ dan sebagainya,” katanya dalam Operasi XPDC Dakwah Daerah Gombak Menjelang Tahun Baru pihaknya itu, yang berpusat di Masjid Al-Amaniah, di sini.

Antara terlibat dalam operasi berkenaan bermula sekitar jam 12 tengah malam hingga jam 8 pagi itu ialah Ketua Unit Penguatkuasa Jais Daerah Gombak, Lukman Ramli dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS), Ahmad Zaidy Abdul Talib.

Turut membantu dalam menjayakan operasi ialah Penguatkuasa Agama Daerah Gombak, polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen, Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Nazir-nazir masjid daerah Gombak dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Dalam pada itu, walaupun mengandung lima bulan dan membawa anak berumur tiga tahun bersama seorang rakannya, seorang wanita tempatan berusia 29 tahun, turut ditahan dalam serbuan ketika jam 4 pagi.

Ditanya apakah kaitan hubungannya dan lelaki ditahan di bilik hotel, wanita itu yang tinggal di Ampang mengakui menghadapi masalah rumah tangga, manakala pasangan lelakinya dikatakan hanya seorang rakan untuk membantu beliau mencari kediaman seketika.

Semasa serbuan di Batu Caves, anggota Jais sedang mengawal lorong belakang hotel terlibat, dikejutkan dengan tindakan mencampakkan sejenis alatan ‘dapur’ menagih dadah dipercayai ‘ice’ dari tingkap hotel.

“Bagi melihat sama ada mereka ditahan ini positif dadah atau tidak, kami difahamkan tujuh lelaki dan tujuh wanita terlibat menjalani saringan air kencing semasa dibawa ke balai polis.

http://www.tukartiub.org/11-pasangan-lakukan-maksiat-sambut-2011-kantoi/

Thursday, March 17, 2011

Tenangnya di sana


Aku amat merindui zaman persekolahan dulu.Hidup yang sering dibuai dengan ayat2 alquran.Dilingkungi oleh sahabat2 yang baik,solehah.Sahabat yang sentiasa taqarrub kepada Allah menarik aku untuk turut dekat kepadaMu.Jiwa diselubungi ketenangan.Dhuha,puasa,solat2 sunat,membaca alquran...Semuanya bisa ku lakukan.Namun kini aku telah kehilangan kekuatan untuk melakukan semua itu.Persekitaraku kini bukan seperti dahulu.Aku hanya mengharapkan kekuatan dariMu Ya Allah.Berikanlah aku sahabat2 yang sentiasa dekat kepadaMu.Sahabat2 yang menarik aku ke arah jalanMu.Bukan sahabat yang menarik aku jauh dari jalanMu.Bantulah aku.Tolong lindungi aku dari segala perbuatan2 maksiat.Aku cuma manusia biasa.Tidak mampu untuk menjadi sempurna dan membuat kebaikan sepenuhnya.Aku belum mampu untuk itu semua.Namun aku juga kan berusaha untuk sentiasa melakukan kebaikan.Pertemukan dan satukanlah aku dengan sahabat2 yang baik,dekat dan sentiasa berlagu dengan kalam2Mu..Sekarang aku hanya mampu dan punyai kekuatan untuk melaksanakan sedikit kebaikan..Aku merindukan ketenangan yang pernah ku alami dahulu..andai Kau masih belum ingin memberi aku semua itu,aku Redha dan hanya akan terus berdoa moga Kau akan membukakan pintu hatiku dan memberikan hidayahMu suatu tika nanti..Tetapi janganlah Kau hapuskan amal2 ibadat dan sifat positif yang ada dalam diri ku tika ini..Hanya pada Mu tempat aku bermohon dan mengadu.Jadikanlah aku insan yang sabar,redha,tawakal dan tidak pernah putus asa dalam melaksanakan segala kebaikan kepadaMu.Tambahkanlah apa yang kurang pada diri.dan tetapkanlah apa yang sedia baik di dalam diri.Aku tidak mahu jauh dari rahmatMu.Aku mendambakan ketenangan jiwa seperti dahulu.

Sunday, March 6, 2011

Allah juga berasa malu

Daripada Salman al-Farisi bahawa Rasulullah SAW telah bersaba:
“Sesungguhnya Allah Talla itu hidup lagi mulia.Ia berasa malu apabila seseorang tu mengangkat kedua2 belah tangan(berdoa) kepadaNya, lalu Ia menolak dalam keadaan kosong dan kecewa kedua2nya.” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)

-Allah juga berasa malu sekiranya Dia tidak mengabulkan doa dan permintaan hambaNya. Berdoa dan berharaplah kepada Allah.Sesungguhnya Dia maha memperkenankan akan sesuatu.Dan jangan takut andai pada hari ini Allah tidak memperkenankan doa kamu kerana Allah akan memberi yang lebih baik kepada kamu pada waktu yang telah ditentukan.Andai tidak di dunia,Allah akan memberi rahmt kepadamu oleh sebab kesabaran,iman dan istiqamahnya kamu kepadaNya.

Friday, March 4, 2011

Kudamba RedhaMu
Album : Alternatif Hiburan Bermotivasi
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com

Bagaikan hausnya.. bumi gersang
Yang kering lantaran tidak disirami hujan
Begitu sepinya dan rindu hatiku
Bila cintamu tidak bersemi

Berjalan aku.. bagai kesesatan
Di tanah tuhan.. diriku ditinggalkan
Tiada teman untukku mengadukan
Resah hidupku... ditimpa sesalan

Aku dambakan.. dambakan cinta
Cinta sejati yang kekal selamanya
Biarpun pahit.. perjalanan meraihnya
Demi redhamu.. kuharungi jua

Kerana cinta lahir dari sanubari
Biarpun perit menuju cintamu
Namun sedikit pun tidak menggoyah tekadku
Biar diracun dunia
Tidakku gentar tempuhnya...

Rap:
Ya Allah tidakku sedari
Selama ini cintamu tak pernah menyepi
Rahmat kasih sayangmu yang tiada bertepi
Setiap hambamu tetap kau sayangi
Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini
Janji pada hambamu tak pernah kau mungkiri
Maafkanlah... redhailah....

Aku bersaksi bahawa kau sesungguhnya
Tuhan yang agung pencipta segalanya
Tempatku bermohon dan berlindung
Dari kehinaan dan kemusnahan

Thursday, February 10, 2011

We are Friends

Dunia tika ini

Bila keyakinan hilang,timbullah keraguan..keraguan pada sesuatu yang kadang2 tak dapat dikenalpasti..andai Allah tidak menjadi sandaran ketika itu,akal pun menerawang ke jalan negatif..jika hati dibimbing syaitan,yang haram menjadi halal..baik menjadi jahat..putih menjadi hitam..namun andai hati dibimbing akal dan iman,yang haram tetap haram..kebaikan tetap ada...kesucian tidak terusik..hukum tidak kan boleh diubah..dunia sekarang bukan begitu..segalanya sudah bercampur..hukum allah hanya dijadikan alat mainan..hukum hanya diguna untuk mempertahankan kepentingan diri sahaja..manusia tika ini hanya mencipta hukum..hukum manusia yang kadang kala tiada faedah di akhirnya..tidak takutkah pemimpin sekarang pada persoalan dan azab allah di akhirat kelak??mengapakah tidak diturut sahaja hukum allah???tidakkah mereka tahu hukum yang allah telah diwajibkan oleh allah kepada mereka?sampai bila lagi mereka hendak menentang hukum allah??sekarang kita sudah melihat,banyaknya perkara negatif yang telah terjadi di sekeliling kita..pembunuhan bermaharajalela..pembuangan bayi tidak kenal tempat dan waktu..di dalam semak,lubang tandas..ya allah..hati seperti apakah yang mereka miliki itu???begitu kejamnya mereka pada makhlukMu itu..Andai pemimpin tika ini melaksanakan hukum2 yang telah ditetapkan allah seperti di dalam kitab dan hadis,tiadalah kekejaman yang berlaku di muka bumi ini..moga suatu hari nanti mereka2 yang bergelar pemimpin islam di negara yang sememangnya islam akan melaksanakan hukum2 yang telah termaktub dalam perlembagaanMu..peliharalah hati mereka agar sentiasa tetap dan teduh pada jalanMu ....Aminnnn

Tuesday, February 8, 2011

 
Posted by Picasa

Doaku


Bila kesabaran mengatasi segalanya,segala duka dapat ditempuh dengan sabar dan penuh redha.Namun,dapatkah aku dapat menempuh sakit dan luka di hatiku ini dengan penuh kesabaran?Ya Allah,berilah aku kekuatan di dalam mengharungi dugaan yang telah Kau beri ini.Jadikanlah cintaku ini hanya untukmu,kerana aku tak sanggup terluka lagi.Hanya cinta kepadaMu tidak akan pernah kecewa dan luka.Cinta padaMu kekal selamya.Cita manusia tidak pernah kekal.Pasti ada sahaja halangan yang dilalui bila manusia dicinta.Sakit di hati Tuhan saja yang tahu.Itulah cinta manusia.Ya Allah,aku hanya ingin menggapai cintaMu.Kau tentukanlah sebaik2 jodoh buatku.Kau pertemukanlah kami dengan cara yang Kau redhai..Pertemuan yang penuh mahabbah dan kekhlasan.menerima bukan kerana rupa,harta dan pangkat..Tetapi kaya imannya,elok rupa akhlaknya.Perbaikilah juga akhlak dan imanku agar aku setaraf dengannya di dalam keimanan padaMu.Biarlah dia mendapat apa yang terbaik dariku.Bukan keburukan kerana aku tidak mahu dia terluka dengan tingkahku...Amin3

Friday, January 28, 2011


Dugaan itu diberi atas sebab untuk melihat sejauh mane kesabaran dan ketabahan manusia dalam menempuh nya...biar ia sepahit peria,biar sakit seperti dihiris belati,biar pedih seperti luka dicurah air,biar terseksa jiwa dilanda gelita..Hakikatnya semua itu berakhir dengan bahagia...pahit menjadi manis,sakit akan sembuh jua,pedih bertukar suka,jiwa terseksa berubah menjadi lebih tenang.. Yakinlah dengan hikmah yang bakal muncul dari celahan derita..yakinlah dengan kemanisan yang akan dicurah ke air luka...Allah itu Maha Memenuhi Janji...tiap dugaan akan dibalas dengan kemanisan akhirnya..Cuma cepat atau lambat adelah menjadi rahsia Allah..Doa,usaha,ikhtiar dan tawakal asas utama menjadi redha dan menggapai hikmah dari Illahi





Ilmu...
Ia ada dimana-mana...
Semakin dicari semakin luas...
Semakin dikejar semakin dekat..
Bila semaikin didalami semakin terasa
bahawa kita adalah insan yang kerdil di sisiNya..

Namun...
Bukan itu sebab untuk mengalah..
Jangan menyerah sebelum berjuang..
Usah berundur sebelum menentang..
Bulatkan tekad,kuatkan semangat..
Selamilah ilmu di lautan kehidupan..
Demi redha Allah Yang Esa..

Monday, January 24, 2011

DEMI MASA


WAL A'SR

bile kite merase bhw mase itu sgt sempit dan terbatas untuk kite,baru kite sedar bahawa sudah banyak mase lapang yang telah terbuang begitu sahaja dan kite akan mengharapkan mase lapang itu akan datang..itulah lumrah hidup manusia...mase lapang terbuang begitu saje...mase yg sempit dan terbatas hanye menjadi rungutan setiap mase...

Wednesday, January 19, 2011

DI KALA SENDIRI


Di kala aku sendirian...
Terbayang saat2 indah tika kita bersama dahulu..
Begitu juga saat pahit yang mengiringi menambah teguhnya persahabatan kita..
Di saat ini aku kembali memutar roda masa lalu kita...
Masa yang penuh dengan suka dan duka..
Suka duka itulah yang telah mencipta titisan air mata
lantas titisan berubah menjadi rantai persahabatan
yang teguh dan tak bisa dilebur..

Di kala aku sendiri..
Teringat tika aku mencurah debu kotoran dalam perhubungan ini..
Kau dengan rela dn ikhlas memaafkanku walaupun ianya
mungkin sukar untuk kau lupakan..
Namun ingatlah wahau sahabat..
Bukanlah niat di hatiku menodai persahabatan ini..
Mungkin ini merupakan ujian dan takdir dari Maha Pencipta..
Agar kita menjadi lebih dewasa dan matang
Dalam sebuah perhubungan..
Moga kau tulus memaafi kekhilafanku ini..

Di kala aku sendiri..
Aku ingin persahabatan kita kembali seperti dulu...
Menjadi mekar seperti kembangnya bunga di kala pagi..
Bukan layu seperti di kala musim luruh..
Moga kau sentiasa mengingatiku dan menyayangiku selalu...

MISTERI KAABAH

Misteri Ka'bah Menggegarkan NASA
Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota mekah adalah pusat planet bumi.Fakta ini telah diteliti melalui penelitian ilmiah.
Pertama kali Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dia mengambil gambar planet bumi lalu dia berkata "Planet bumi tergantung di kawasan yang sangat gelap,siapakah yang menggantungnya??

Para astronomi menemukan yang planet bumi ni mengeluarkan 1 radiasi, secara rasminya beliau menggumumkan di internet tetapi selepas 21 hari, website tersebut telah dihapuskan seperti ada alasan yang tersembunyi.
Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di Kota Mekah, tempat yang lebih tepat adalah di Ka'bah.Yang lebih mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite(tanpa penghujung),hal ini dibuktikan ketika mereka mengambil gambar dari planet Marikh.Para ilmuwan Muslim mempercayai bahawa radiasi ini mempunyai karekteristik dan menghubungkan antara Ka'bah di planet Bumi dengan Ka'bah di alam akhirat.
Ditengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada sesuatu yang bernama 'Zero Magnetism Area', ertinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak bergerak kerana daya tarikan yang sama besar diantara dua kutub tersebut.

itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh kekuatan gravitasi yang kuat. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Ka'bah kita seperti dicas berulang kali oleh tenaga yang misteri, fakta ini telah dibuktikan secara ilmiah.
penelitian yang lain adalah pengungkapan batu Hajar Aswad yang merupakan batu tertua didunia dan juga boleh mengambang di air. Disebuah muzium inggeris juga terdapat 3 bongkahan batu-batu tersebut (dari Ka'bah) pihak muzium disitu berkata bahawa bongkahan batu-batu tersebut berasal dari sistem tata suria kita.

Rasulullah SAW bersabda:
"Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih dari susu, dan dosa-dosa anak Adamlah yang membuatkannya menjadi hitam"

Sunday, January 16, 2011

SANDARAN HATI

Saat hati ini memerlukanMu,
Kau hadir bersama rahmatMu,
Kasih dan sayangMu tiada tandingan..
Ya Allah...aku mengharapkan kasih sayang dan cita dariMu..
Aku tak mahu Kau meninggalkan aku sendiri
Terkapai dalam arus kesesatan..
Bimbinglah aku Ya Allah..
Aku amat mengharapkan cintaMu
Lebih dari cinta manusia yang sementara ini..

Sunday, January 2, 2011

MADAH KEHIDUPAN



Ujian dan dugaan sering bertandang..
Singgah dalam diri setiap insan..
Datangnya tidak pernah dipinta..
Hadirnya tidak pernah diundang..
Hanya perginya yang diharapkan..

Ujian dan dugaan adalah titipan dari Yang Esa
untuk melihat sejauh mana teguhnya hati dalam menghadapi
duri-duri yang menghalangi perjalanan..

Dugaan dan ujian seperti inilah yang menitip pengalaman
dan mematangkan diri kita..
Ia menjadikan diri dan jiwa kita tabah dalam menempuh
onak duri yang mendatang...

Saturday, January 1, 2011

ANTARA CINTA, RINDU & SAYANG

Rindu...
Adakalnya ia terbenam dan terbit dari celahan jiwa..
Jiwa yang sering bergelora kerana ombak rindu yang
hadir sendiri...
ia tidak perlu dicari dan dinanti..
kerana jiwa yang mengkhabarkan ketulusan hati..

Sayang...
satu rasa yang singgah di kamar hati
dan sentiasa ingin kekal di dalamnya..
tidak pernah berubah..
tudak pernah beralih arah
kerana sayang punca wujudnya cinta...

Cinta...
Datang dan pergi..
Ada yang datang dan tenggelam di lubuk hati
Ada yang pergi bersama angin semilir dinihari..
Namun,cinta sejati tetap diingati dan kekal di sanubari..

ERTI SEBUAH KEHIDUPAN



Sebuah kehidupan seorang manusia tiada ertinya jika tidak disulami dengan ujian dan dugaan dariNya..Ujian dan dugaan itu lumrah kehidupan.Tanpanya tiadalah pengalaman yang kita akan perolehi..Ujian yang datang adakalanya amat berat dan sukar untuk diterima,namun,seberat dan segetir mana pun dugaaan yang kita hadapi,haruslah kita ingat bahawa ada orang lain lagi yang menerima dugaan yang kebih besar dari diri kita.Tiap dugaan yang datang itu ada hikmah di sebaliknya...cepat atau lambat,kita pasti akan dapat melihat hikmah yang tersembunyi itu..Mungkin apa yang berlaku pada diri kita itu,adalah satu petunjuk bahawa Allah masih peduli dan sayang akan hambaNya.Janganlah mengeluh wahai diriku dan saudaraku sekalian,Allah itu maha adil dan Dia punyai cara tersendiri utuk menunjukkan kasih sayangNya pada tiap2 hambaNya.Kasih sayang Allah itu sesungguhnya tiada bandingnya..Sebesar mana pun kasih dan sayang kita kepada kekasih,tapi,besar lagi lah kasih Allah kepada kita..Ingatlah wahai saudaraku sekalian..aku juga punyai dugaanku sendiri.Ya Allah,Kau kuatkan dan teguhkanlah hati kami ini..Kau jadikanlah setiap titis air mata kami sebagai titisan pahala dariMu..keran dengan dugaanMu itu,kami jadi seorang hamba yang mengingatiMu..itulah sedikit hikmah yang aku dapat rasakan...ya...benar...itulah sebahagian hikmahnya..aku mengingatiMu...aku terasa seperti ingin mendekatiMu sentiasa..hanya Kaulah tempat kami bergantung..masukkanlah kami di dalam kalangan orang yang sabar...amin

JATUH CINTAKAH AKU?

Ketika mata saling bertaut..
Bibir saling menguntum senyum..
Hati saling merasa debarnya...
Fikiran saling melayang...
Waktu itu aku tertanya-tanya....
Jatuh cintakah aku???
Aku tidak mengerti...aku keliru...buntu..perasaan apakah ini???

Tiap waktu,aku mengharapkannya...
Menantikan dia melafazkan rasa cinta kepadaku...
Masa-masa yang berlalu ketika bersamanya terasa sungguh pantas..
Kiranya bisa aku bersamanya,akan ku tatap wajah dan akan ku selami rasa cintanya
agar akan bertambah kasih sayangku kepadanya...
namun benarkah itu harapan yang tulus lahir dari hatiku?
Ataukah ia hanya bisikan nafsu dari syaitan laknatullah???
Jatuh cintakah aku???

Kasihku..
Semua perasaan dan harapanku bersatu...
Moga kau merasai seperti apa yang ku rasa..
Cinta tulus dan suci yang lahir dari hati yang ikhlas...
Jujur dan toleransi dalam setiap perkara...

Jatuh cintakah aku??
Andai benar ini cinta,salahkah aku menyintainya..?
Bukankah rasa cinta itu sebahagian nikmat hidup yang Allah kirimkan kepada setiap hambaNya..?
Namun,benarkah aku menyintainya...???
Sungguh..!aku tidak pernah mengenal apakah itu cinta sebenarnya...
Segala soalan yang mengasak fikiran amat menyesakkan...
Andai benar itu cinta,aku amat bersyukur kerana ku dipertemukan dengannya...
Moga harapanku sama seperti harapannya....
Moga cintaku sama seperti cintanya...
Moga hatiku dan hatinya bersatu seperti bersatunya Nabi Yusof dan Zulaikha..







Dieyla_Scorpio91 Shadowz of my life...J 22 Disember 2010

Total Pageviews